Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
Syaitan dalam menggoda manusia memiliki
berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan
memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak
kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui
kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari
garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau
pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian
apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia
hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada
pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap
pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau
kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut
ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri
ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian
penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang
wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti
keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ).
Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap
dipertahankan. .
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan
membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni
membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak !
apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan
syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang
menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti
biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan
untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi
lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi,
yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai
pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar
tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya
sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian
fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen
setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu
menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool"
cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita
berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat
yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi
idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian
yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada
masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan
fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia
menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di
kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan
transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai
wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka
syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru
yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian
seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak
sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu
akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah
idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah
hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan
leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah....
tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini
pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan
bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya.
Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power",
tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak
selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang
leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini
baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai
baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang
kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala.......
orang tetap menamakannya dengan jilbab."
Maka para wanita yang
terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian
yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk
berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang
melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya
mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau
langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain
yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di
pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh
centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat
peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan!
ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat
separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah
berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir,
apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun
bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang
zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya
hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan
menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang
banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka
wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga
setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak
seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah
bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di
masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya,
sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka
sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau
melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan
ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana
sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di
pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya
memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman
ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan
zaman."
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh
betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan
sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan
melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab
wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang
menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa
saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan
variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan
agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar
kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan
bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka
hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian
punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi
pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta,
bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim
panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh
paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,
semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil
untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka
atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian
paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada.
Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini".
Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah
bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum
Wanita."
Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua
sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas
diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan
jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri
semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.
Demikian halus,!
cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa
tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat
gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil
apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan
berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan,
maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka
membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah,
kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan
mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di
akhirat.
Wallahu’alam bishshawab, ..
by mas wid